BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 27 November 2011

biSikAn Hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....


dengarlah duhai sauadara seislamku...


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutup
Dengan kain kafan yg serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun org yg hadir itu merintih
Selepas itu kamu diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dgn empat kali takbir dan satu salam
Beserta Fatihah, Selawat dan doa
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayyah
Tapi apakan empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tiada rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yg telah
luput?
Sesungguhnya tertipulah dirimu jika beranggapan
demikian
Justeru itu kumenyeru sekelian Muslimin dan
Muslimat
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung keliang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat
Iringlah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiring ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan di sana tidak berguna
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna hanya utk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah dimana sahaja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, saambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang
tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu mejadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ketanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari Malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Sollaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya alas Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal lama ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Manjadi teman sepanjang perjalanan
Guna kembali ke pnagkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan
putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.....


P/s: pesanan bersama

0 comments: